Monday, September 17, 2012

Berapa lama harus menjadi tunggul dan hanya memerhati segala perlakuan dunia terhadap islam dan penganutnya. Berapa lama harus menanti untuk menyatakan yang hak itu tetap hak dan batil itu penyudahnya batil jua. Berapa lama harus menuding tangan kepada perbuatan orang dan membenarkan semua kekarutan kita. Berapa lama harus menyatakan ya pada yang tidak dan tidak pada yang benar. "Innocent of Muslim " itu adalah produk yahudi. Dan yahudi dan nasrani itu musuh Islam yang nyata. Apa perlu kita pertikaikan orang kafir menghina islam. Ada hal yang lebih penting dari memarahi sikafir laknat itu. Orang islam sendiri yang mengaku islam dengan terang-terang mengucapkan pengucapan yang tidak menyakini islam. Tidak menyakini hukum tuhan. Apa hukumnya. kenapa tiada protes besar-besaran dari orang islam. Tidak menyakini hukum tuhan sama seperti orang kafir yang tidak percaya kepada tuhan. Tidak yakin dan tidak percaya itu sama pengertiannya. Kalau percaya mesti yakin. Kerana keyakinan itu percaya. Percaya itu akidah. Bagi saya dan mungkin ramai lagi orang Islam, percaya bahawa penghinaan dari orang kafir kepada junjungan Nabi SAW itu FAIR kerana mereka tidak percaya kepada ajaran nabi Muhammad dan tidak pernah menganggap yang Muhammad itu utusan Allah. Tetapi ADA yang mengaku Islam ini terang-terangan menolak hukum Allah. Mempersenda dan menghina Sunah Rasul itu lebih teruk lagi perangainya. Tidak percaya bahawa hanya hukum Allah adalah hukum terbaik bagi manusia. Kenapa Umat Islam Malaysia Diam tidak bertindak. Kenapa?

No comments:

Post a Comment

menanti suatu saat..merelakan

menanti suatu saat..merelakan
menanti suatu saat..merelakan