Tuesday, August 18, 2009

Perang pendapat dalam sebuah perahu.




Kedua-dua orang penting Pas bertelagah pendapat hari ini. lihat berita pada muka hadapan Utusan Melaysia dibawah tajuk "Masuk surga tak kira Parti :Harun Taib" kontra dengan apa yang diucapkan oleh Tg. Nik Abd. Aziz selaku tunggak utama Pas. " Islam cara Umno tak boleh nak bawa ke Syurga."

Aduh..Apa sebenarnya yang berlaku kepada pemikir Pas ini. Suatu kenyataan yang membuka semula ruang kepada pejuang-pejuang Islam yang berada didalam Pas selama ini yang berfikir Umno sedang ditentang itu tak sah keislamannya, berfikir untuk kesekian kalinya. menilai kembali perjuangan mereka. kerana apa guna berpenat lelah berjuang menegakkan islam, walhal parti umno pun tak salah dari sisi islam kerana kalau mengikut kata Harun Taib ini seolah-olah ambillah apa-apa partipun untuk berjuang Islam, sama sahaja. kedua-duanya betul dan menuju kepada keredaan Allah.

Apa guna pejuangan Pas selama ini?.. padahal perjuangan Umno pun Harun Taib boleh terima. Apa guna kita menegakkan sesuatu yang tidak perlu diperjuangkan. Menyusahkan diri dengan ISA dan berbagai-bagai akta. Pak Harun juga kelihatan selama ini banyak berahsia tentang betul atau tidak Perjuangan Pas ini. akhirnya terungkap juga apa yang tersirap. Berjuanglah didalam mana-mana Partipun asalkan kita nak kepada Islam. Asal saja kita menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam. Dan saya melihat Umno mempunyai kelayakan sebagai minimum requirement untuk pejuang Islam. kerana didalam Umno kita boleh bercakap tentang Islam, menganjurkan berbagai-bagai program keislaman. Boleh memperkatakan Islam sekerap yang kita mahu. Tiada halangan dari kerajaan, asal saja mengikut undang-undang negara.

Pejuang Pas yang telah menghabiskan banyak masa berjuang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah, rupa-rupanya terkeliru dengan ilmu yang sempit sehinggalah hari ini baru dikejutkan dengan kenyataan Pak Harun Taib, duduklah dalam parti apapun, asal saja menjalankan kewajipan sebagai orang islam maka sudah memadai..keperluan minima untuk kesyurga Allah.

Pas dan Umno apa perlu bertelagah. Mari kembali pada sesuatu yang benar. Dengar nasihat pak Harun Taib. Parti mana-mana pun boleh asal saja kita mengamalkan Islam.

Sekian..






Tuesday, August 11, 2009

SIAPA PENGKHIANAT BANGSA ?

Aduhai bangsaku...

Senarai perkara-perkara yang telah dikhianati dan siapa yang mencetuskan pengkhianatan itu. harap kita rakyat melayu boleh menilai sendiri.

Perkara yang berlaku, siapa pencetus , orang mana ?

1. Orang melayu kehilangan singapura - siapa pencetusnya ------- umno/kerajaan

2.tulisan jawi terhakis dari arus perdana. khazanah warisan bangsa, identiti melayu-islam- siapa pencetusnya - umno/kerajaan

3. bahasa melayu disangsikan oleh bangsa sendiri. malu nak guna bahasa sendiri takut orang kata tak maju. maka math. dan sains kena ajar guna bahasa omputih. siapa pencetusnya - siapa lagi..kalau bukan orang yang memerentah.Menghapuskan kekebalan Raja-raja melayu..siapa pencetusnya..umno/kerjaan jugak..

5.banyak lagi khazanah dan harta orang melayu dikhianati. tak tertulis patik... jadi yang selalu mengkhianati bangsanya sendiri itu datangnya dari golongan yang punyai kuasa.

kalau tak ada kuasa biar bagaimana sekalipun cuba merubah sesuatu, pasti tak jadi. kita bangsa yang telah kehilangan banyak sekali. banyak bebenor..siapa yang melakukan itu semua. tentulah orang yang ada kuasa, kalau tak ada kuasa berbuih mulut pun orang tak endah.

Jadi nak marah kepada seseorang yang duduk diluar lingkungan kuasa dan sekadar bercakap dijalanan adalah tak masuk akal.

Wahai kerajaan yang memerentah, kamulah yang sebenarnya menggadaikan maruah bangsa. menidakkan bahasa ibunda, sehingga kelihatan kesusasteraan bangsa melayu terpinggir dan lesu. Dari namanya Tanah Melayu kini hilang roh dan jasadnya, menjadilah Malay Sia. Kalau diterjemahkan jadilah Melayu Sial. Aduhai bangsaku.. takut kepada memanda menteri hingga sanggup membuang bahasa sendiri.

Mantan memanda menteri itu bukan darah setanah kita. ia kaum dari negeri jauh. bapanya bukan berdarah sealiran kita...tentulah ia tidak suka bahasa ibunda kerana bahasa ibundanya jauh berbeza.


menanti suatu saat..merelakan

menanti suatu saat..merelakan
menanti suatu saat..merelakan